a.navigation { background: #000000; color: #ffffff; margin: 1px; padding: 5px 35px 5px 5px; border-width: 0; text-transform: uppercase; text-decoration: none; font-weight: bold; } a.navigation:hover { background: #5d5d54; text-decoration: none; } a.navigation { background: #000000; color: #ffffff; margin: 1px; padding: 5px 35px 5px 5px; border-width: 0; text-transform: uppercase; text-decoration: none; font-weight: bold; } a.navigation:hover { background: #5d5d54; text-decoration: none; #navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Urus Setia PPSB Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 22 Bahagian Pengembangan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka,Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Telefon : 03-21482551/03-21482558/03-21481245/03-21481053/03-21481306 No. Faks: 03-21414109 E-mel: ppsb@dbp.gov.my Laman web DBP:http://www.dbp.gov.my

PPSB

LATAR BELAKANG

Cadangan untuk melaksanakan Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) sebagai salah satu komponen dalan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), telah diluluskan oleh Kabinet pada 28 Mei 2003, atas kesedaran Kerajaan untuk menerapkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda melalui penghayatan sastera dan budaya. Persetujuan Kabinet ini telah dinyatakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia sempena Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 Disember 2004.

PPSB buat pertama kalinya telah dilaksanakan pada bulan Februari 2005 dan tahun ini merupakan tahun keenam program ini dilaksanakan di seluruh Kem PLKN di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Selain dapat memupuk minat dan bakat peserta dalam bidang sastera khususnya Puisi, Program ini juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk memperkasa dan membina kepakaran karyawan dan penggiat seni/sastera pada tahap profesionalisme, di bawah sebuah program besar negara yang menelan biaya berjuta-juta ringgit.

Sejak dilaksanakan, Program ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang amat memberangsangkan, bukan sahaja daripada para pelatih PLKN, tetapi juga daripada pihak kem yang menyokong usaha murni DBP mendukung matlamat PLKN.





MATLAMAT PPSB
1. Mendukung matlamat PLKN iaitu:
 1.1 Memupuk semangat patriotisme di kalangan generasi muda    
        Malaysia;
 1.2 Memupuk semangat persefahaman dan meningkatkan integrasi
        nasional di kalangan rakyat pelbagai kaum di Negara ini;
 1.3 Memperkukuh jati diri bangsa Malaysia;
 1.4 Menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan generasi muda yang
        cergas, cerdas, berwawasan dan berjiwa kental.

2. Memupuk minat dan bakat peserta serta meningkatkan apresiasi terhadap sastera dan budaya di kalangan generasi muda ke arah pembinaan khalayak sastera;

3. Memperkasa dan membina kepakaran serta ketrampilan karyawan seni dan sastera demi memartabatkan sastera tanah air.



KONSEP DAN PENGISIAN PROGRAM

Dengan tema "Kami Suara Warisan Bangsa", Puisi menjadi teras kepada Program Penghayatan Sastera dan Budaya

Puisi dipilih sebagai teras Program kerana ia mampu menjadi instrumen untuk membangkitkan semangat patriotisme di kalangan peserta melalui deklamasi puisi yang mengandungi mesej kecintaan terhadap tanah air serta tema-tema lain yang mengandungi mesej pengajaran yang baik dan positif.

Sesi Program yang dijalani oleh peserta adalah menjurus kepada latihan dan bimbingan untuk menghasilkan persembahan kumpulan sebagai kemuncak Program.

Secara umumnya, pengisian Program adalah seperti berikut:

Bahagian Pertama : Sesi Penghayatan Puisi (Puisi Moden dan Puisi Tradisional)
Bahagian Kedua : Gerak Kerja Berkumpulan / Latihan dan Bimbingan
Bahagian Ketiga : Persembahan kumpulan